Monday July 17, 2017
3:56 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebuah kereta terjunam ke lubang berair yang terbentuk akibat paip bawah tanah pecah, pagi tadi. — Foto ihsan Facebook/KuantanSebuah kereta terjunam ke lubang berair yang terbentuk akibat paip bawah tanah pecah, pagi tadi. — Foto ihsan Facebook/KuantanKUANTAN, 17 Julai — Sebuah kereta terjunam ke lubang berair yang terbentuk akibat paip bawah tanah pecah.

Sebahagian Perodua Viva itu tenggelam ekoran permukaan jalan di Persimpangan Bunga Cengkih dari Bukit Istana, runtuh pada jam 8 pagi tadi.

Runtuhan berlaku akibat paip sepanjang 375 milimiter pecah dan mengakibatkan permukaan jalan retak, lapor Berita Harian.

Namun, pemandu selamat manakala kereta itu dikeluarkan dalam masa setengah jam.

Pegawai perhubungan awam dan korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Nurul Farhana Abdul Hamid berkata kerja membaik pulih dijangka selesai jam 12 tengah malam ini.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline