Thursday October 12, 2017
11:14 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahmad berkata ini kali pertama kajian meletakkan Umno di hadapan pembangkang dalam perang media sosial. — Foto oleh Yusof Mat IsaAhmad berkata ini kali pertama kajian meletakkan Umno di hadapan pembangkang dalam perang media sosial. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA TERENGGANU, 12 Okt — Jentera siber Barisan Nasional (BN) termasuk Umno diminta supaya tidak menyebarkan berita yang berunsurkan fitnah di media sosial.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) merangkap Pengerusi Biro Informasi dan Teknologi (IT) Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata masih banyak pencapaian BN yang boleh diketengahkan terutama berkaitan kejayaan pemimpin parti dan pembangunan negara selain dari menjadi pengadu-domba di media sosial.

“Saya yakin Jentera Siber BN mempunyai banyak modal (perkara) kerana setiap hari pelbagai program dan aktiviti yang dirangka dan boleh disebarkan demi kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Program Bengkel Teknikal Maya peringkat negeri Terengganu.

Ahmad menarik perhatian agar jentera siber BN perlu menyebarkan perkara yang positif sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke-14.

“Saya harap, kita dapat perangi fitnah media sosial dan minta jentera siber BN memerangi fitnah media sosial ini yang dibuat oleh pihak pembangkang kerana kita ada banyak perkara (positif) yang boleh disebarkan,” katanya.


Beliau turut menyatakan ‘tweet’ yang dilapor oleh Malay Mail Online dua hari lepas menyebut pengguna Facebook yang menyokong BN dan Umno jumlahnya dua kali ganda lebih ramai daripada penyokong pembangkang setakat Julai lepas.

 

“Tweet sebegini adalah perkara menarik kerana ia dibuat oleh pihak ketiga dan tidak ada kaitan parti politik iaitu Politweet yang disiarkan oleh Malay Mail di mana kajian terhadap pengguna Facebook (berkaitan) sokongan terhadap Umno dan Pakatan Harapan.

“Malah, angka Facebook yang menyokong Umno sebanyak 4.4 juta dan pembangkang pula angkanya separuh daripada itu menunjukkan parti kita semakin kuat,” katanya.

Beliau berkata ini adalah kali pertama kajian sebegitu meletakkan Umno di hadapan pembangkang dalam perang media sosial. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline